CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

Sunday, 31 July 2011

“ Doa Harian Ramadhan “


Doa hari – 1

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dan tidunya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam!!
Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.

SeLaMat bRpuase sMue~~

eSok dh staRt pose... hRap2 sMue bRpose taw.. jgn poNteng.. apepn sLamat bRpose sMue ;)))

Thursday, 28 July 2011

Adab Menziarahi Orang Tua Yang Uzur

1. Bersabarlah dengan kerenahnya.
2. Rendahkanlah nada suara ketika bertutur
3. Kurangkan pertanyaan.
4. Bantulah kerja-kerja hariannya.
5. Tumpukan perhatian kepada tuturkatanya.
6. Bawalah hadiah yang digemarinya.
7. Hindari dari menyinggung perasaannya.
8. Janganlah memaksa ia mengulangi perkataannya berkali-kali.


Adab Menziarahi Orang Sakit Berat

  1. Ajarkanlah ia kalimah: Lailahaillah
    Sabda Rasulullah SAW: Ajarkanlah orang yang hendak mati mengucapkan Lailahaillah- Riwayat Abu Daud, Muslim & Tarmizi .
  2. 2.Ulangkanlah kalimah itu berkali-kali dengan lemah lembut.
  3. 3.Suruhlah ia berwasiat.
  4. 4.Harumkanlah ia dengan bau-bauan.
  5. 5.Suruhkan ia membaca Al Quran atau bacakan kepadanya. Afdhal kalau dibaca Surah Yasin.
  6. 6.Merengkanlah badannya di sebelah rusuk kanan ke arah kiblat merengkanlah rusuk kirinya atau lentangkanlah ia dan merengkanlah kepalanya ke arah kiblat.
  7. 7.Pesankanlah kepada keluarganya supaya menjaga akhlaknya.
  8. 8.Suruhlah ia membaiki sangkanya terhadap Allah dan meletakkan harapan kepada pengampunan.
    Hadis Rasulullah SAW maksudnya:
    Janganlah kamu mati, kecuali di dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah Taala.

Perkara Yang Perlu Dihindar Ketika Menziarahi Jiran ;)))

     ^ Enggan memberi salam 
 
     ^ Masa yang tidak bersesuaian
 
     ^ Mengaibkan tuan rumah 
 
     ^ Mengumpat

ADAB MENZIARAHI JIRAN

Sebelum
   *Memilih masa yang sesuai
   *Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan 
   *Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah
 
 
Semasa
~Memberi salam dan bersalaman
~Meminta izin untuk masuk
~Memendekkan tempoh ziarah
~Mengawal pandangan
~Merendahkan suara
 
 Selepas
Meminta izin apabila hendak beredar
Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar
 


Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a nabi s.a.w masuk ke dalam rumah orang Arab Dusun untuk melihat di sakit. Kata Ibnu Abbas:”Pernah Nabi s.a.w apabila dia masuk ke rumah orang yang sakit untuk melihatnya, baginda bersabda:”Tidak mengapa! Sembuh, insya Allah.” Ucap nabi kepada orang sakit itu. “Tidak mengapa, sembuh, insya Allah!” Jawabnya:”Tuan katakan:”Sembuh . Sebenarnya itu demam panas yang sedang meluap dan mengancam orang yang sangat tua dan akan membawa maut.” Nabi s.a.w bersabda:”Ya, benar katamu itu.”
 

(al-Bukhari)

 
   
Huraian
Menziarahi orang sakit adalah salah satu amalan baik yang digalakkan oleh Islam. Hal ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan persaudaraan ataupun ikatan kasih-sayang taetapi juga merupakan satu kaedah merawat penyakit secara psikologi kerana dengan kunjungan tersebut diharapkan akan mendatangkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi harapan kepadanya untuk segera sembuh dari sakitnya itu. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, kita hendaklah berkata atau bersikap lemah lembut kepada pesakit dan mengucapkan perkataan yang baik kepadanya seperti mendoakan kesihatannya dan sebagainya. Jangan sekali-kali membicarakan sesuatu yang menambahkan kesedihannya apalagi memutuskan harapannya untuk sembuh.

Adab Menziarahi Orang sakit

Assalamualaikum, hari jumaat hari penghulu segala hari.
Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali orang sakit, people sick, menziarahi orang sakit, doa lawat orang sakit, mendoakan orang sakitpersaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.
Sabda Nabi S.A.W.
Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.
Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).
Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.
1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.
Sunat:
Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.
Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.
Doa mendoakan orang sakit:-
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.
“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.